Serangan lelaki bersenjata di Afghan, 14 maut

Serangan lelaki bersenjata di Afghan, 14 maut

KABUL, 12 Okt – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 40 cedera semalam selepas lelaki bersenjata menyerang di Kabul, ibu kota Afghanistan, menurut sumber.

“Laporan awal mendapati 14 terbunuh dan lebih 40 cedera dalam serangan pengganas di Ziarrat-e- Shakhi di barat Kabul. Angka kematian mungkin meningkat kerana ramai yang cedera masih dalam keadaan kritikal,” kata sumber keselamatan memberitahu Xinhua . – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA