Serangan maut di Benghazi 2012 tidak jejaskan Clinton

Serangan maut di Benghazi 2012 tidak jejaskan Clinton

WASHINGTON, 29 Jun (AFP) – Para ahli undangan Republikan semalam mengeluarkan laporan tentang serangan yang mengakibatkan maut pada tahun 2012 ke atas misi AS di Benghazi, dengan menuduh setiausaha negara pada masa itu, iaitu Hillary Clinton memandang rendah dan kemudian memberi gambaran salah tentang ancaman pelampau di Libya.

Ketika orang dalam Washington meneliti perincian dokumen 800 muka surat, tidak ada tanda jenis pendedahan menggemparkan yang akan menjejaskan teruk kempen Clinton bagi Rumah Putih.

Tetapi setiap jam pasukannya menghabiskan masa memberi respons kepada tuduhan – termasuklah butiran bidaan yang diketepikan untuk mengerah anggota tentera untuk melindungi kota kara Libya dan rundingan di sebalik tabir di Washington, adalah pengalihan perhatian dari usahanya untuk membina pendahuluan yang tidak disangkalkan ke atas Donald Trump.

Para penyokong Demokratik, Clinton, pada panel Kongres sedang menyiasat serangan dan politiknya selepas menyelar respons rakan sekerjanya dan Jabatan Negara berkata ia telah memberikan beberapa fakta baru tentang tragedi September 2012 yang tidak lagi diteliti oleh beberapa penyiasatan lalu.

Clinton sendiri, pada kemunculan satu kempen, menolak laporan itu dengan mengatakan ia tidak memaparkan ‘banyak sebelum penyiasatan oleh pihak bebas dan badan-banda dwipartisan.

“Saya akan menyerahkannya kepada yang lain untuk mencirikan laporan ini, tetapi saya berpendapat begitu jelas sudah tiba masanya untuk terus mengorak langkah,” umumnya.

Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest juga menegur dengan pedas dengan mengatakan bahawa bagi semua usaha mereka, para ahli undangan hanya membuktikan bahawa ‘teori konspi-rasi telah berkembang di ruang pihak Republikan adalah fantasi bermotifkan politik.”