‘Serangan maut Rusia’ bunuh orang awam

‘Serangan maut Rusia’ bunuh orang awam

BEIRUT, 24 Jan – Disyaki serangan maut Rusia membunuh 47 orang awam dalam perang melanda timur Syria kelmarin, di tengah-tengah laporan tentera AS untuk membina pangkalan udara dalam menyokong perjuangan mereka menentang kumpulan berani mati jauh ke utara.

Sementara itu, diplomat kanan menghuru harakan penyelesaian persoalan utama tentang siapa yang akan mewakili pembangkang Syria pada perbincangan penting minggu depan yang bertujuan untuk menamatkan perang hampir lima tahun. Di timur Syria, 47 orang awam terbunuh dalam serangan udara yang disyaki telah dilakukan oleh pesawat perang Rusia di sebuah kampung kumpulan berani mati.

Badan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata sembilan kanak-kanak dan dua wanita adalah antara yang mati di Khasham, yang dikawal oleh kumpulan berani mati (IS).

Kampung ini terletak di wilayah Deir Ezzor yang kaya dengan minyak Syria, di mana IS telah berusaha untuk maju dalam beberapa hari kebelakangan ini disamping serangan udara kerajaan Rusia dan Syria. – AFP