Serangan Molotov di gereja cederakan kanak-kanak

Serangan Molotov di gereja cederakan kanak-kanak

JAKARTA, 13 Nov – Beberapa orang kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki didakwa membaling Molotov koktel pada sebuah gereja semasa mas hari ini di Indonesia, kata polis.

Mereka sedang bermain di kawasan letak kereta gereja di pulau Borneo, Indonesia apabila seorang lelaki membaling bom-bom dari motosikalnya.

Ia merupakan serangan terbaru dalam negara paling padat penduduk Islam dunia terhadap sebuah kumpulan minority di Indonesia, yang merupakan tempat bagi sejumlah penganut Kristian, Hindu dan Buddha.

“Lelaki itu menunggang motosikal melepasi gereja dan membaling apa yang kami syaki bom koktel yang tidak kuat letupannya, mengakibatkan kecederaan ringan ke atas empat kanak-kanak yang bermain di sana,” jurucakap polis tempatan, Fajar Setiawan memberitahu AFP. Penyerang yang memakai baju-T bertulis perkataan ‘jihad’ sudah pun ditangkap dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis.

Motif serangan bagaimanapun masih tidak jelas, kata Setiawan, namun gereka dan juga sebuah masjid di mana lelaki itu pergi sebelum insiden sudah pun ditutup untuk siasatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA