Serangan mortar punca insiden Sabiha Gokcen

Serangan mortar punca insiden Sabiha Gokcen

ISTANBUL, 8 Jan (AFP) – Satu serangan mortar adalah punca insiden di lapangan terbang Sabiha Gokcen di sini 23 Disember lalu yang menyebabkan seorang maut dan beberapa pesawat rosak, kata pendakwa raya Turki hari ini.

Menurut kenyataan pendakwa raya yang dipetik agensi berita Anatolia, empat peluru mortar dibedil dari kawasan hutan kira-kira dua kilometer dari lapangan terbang itu.

Satu kumpulan Kurdis mengaku melakukan serangan namun ini adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan serangan itu.

Sabiha Gokcen, lapangan kedua terbesar Turki dikendalikan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

ARTIKEL YANG SAMA