‘Serangan pengganas’ bunuh 5 ejen perisikan Jordan

‘Serangan pengganas’ bunuh 5 ejen perisikan Jordan

AMMAN, 6 Jun – Lima ejen perisikan Jordan terbunuh dalam ‘serangan pengganas’ di pejabat mereka di kem pelarian Palestin di utara ibu negara Amman hari ini, kata kerajaan.

Jordan adalah ahli utama pakatan diketuai Amerika memerangi kumpulan Negara Islam di negara jiran Iraq dan Syria dan telah menjadi sasaran serangan jihad pada masa lalu. “Pejabat agensi perisikan di kem Baqaa itu adalah sasaran serangan pengecut sejurus sebelum 07:00 (0400 GMT) hari ini yang menyebabkan lima agen terkorban,” kata jurucakap kerajaan, Mohammed Momani.

Momani berkata pasukan keselamatan sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab untuk ‘serangan pengganas’ pada hari pertama bulan suci Ramadan itu.

Jordan telah menyaksikan limpahan daripada konflik di Iraq dan Syria pada masa lalu. Pada Disember 2005, sera-ngan berani mati di tiga hotel Amman dituntut oleh pendahulu IS Al-Qaeda di Iraq membunuh 60 orang dan mencederakan berpuluh-puluh. Kem Baqaa, di mana serangan semalam berlaku, adalah 20 kilometer (12 batu) dari pusat Amman dan yang terbesar daripada 10 kem pelarian Palestin rasmi negara itu.

Ia menjadi tuan rumah kira-kira 100,000 daripada dua juta pelarian Palestin di Jordan, sebahagian besar daripada mereka melarikan diri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selepas ditahan Israel di wilayah itu semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967. – AFP