Serangan roket Aleppo ragut 3 nyawa

Serangan roket Aleppo ragut 3 nyawa

ALEPPO, 27 Okt (NNN) – Empat orang awan terbunuh dan 26 cedera dalam tembakan peluru roket oleh pengganas di kejiranan al-A’zamia di Aleppo.

Satu sumber di Aleppo Governorate memberitahu wartawan SANA hari ini bahawa dua peluru roket yang ditembak oleh pengganas, kedudukan dalam kejiranan Salah Eddin, jatuh di kejiranan al-A’zamia di kawasan Masjid Bilal, membunuh empat orang awam, termasuk kanak-kanak dan seorang wanita serta mencederakan 26 yang lain.

Sumber itu berkata, peluru roket juga menyebabkan kerosakan bahan dalam tempat itu dan mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Universiti.

Ahad lalu, tiga orang awam terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan peluru roket oleh pengganas di kawasan kediaman Shihan di Aleppo City.

ARTIKEL YANG SAMA