Serangan roket IS di Syria ragut tiga nyawa tentera Turki

Serangan roket IS di Syria ragut tiga nyawa tentera Turki

ISTANBUL, 7 Sept – Tiga tentera Turki terbunuh dan empat cedera semalam dalam serangan roket oleh militan Negara Islam (IS) di utara Syria, dalam serangan pertama yang mengakibatkan serangan maut ke atas pasukan bersenjata Ankara yang mana disyaki dilakukan oleh pejuang berani mati dalam pencerobohan selat seberang Turki.

Turki melancarkan operasi yang tidak pernah dilancarkan sebelum ini di dalam Syria pada 24 Ogos, digelar Euphrates Shield, ia menyokong para pejuang pembangkang pro Ankara dalam matlamat mengusir pejuang berani mati IS dan militia Kurdis dari kawasan sempadan.

Pegawai kanan Turki berkata dua tentera terbunuh di tempat kejadian dan lima cedera dalam serangan IS.

Salah seorang tentera yang tercedera kemudian meninggal dunia di hospital walaupun banyak usaha dilakukan untuk menyelamatkannya, yang meningkatkan angka kematian kepada tiga orang, menurut kenyataan tentera yang dipetik oleh televisyen NTV.

Gambar fail yang dikeluarkan oleh sebuah laman web militan menunjukkan kumpulan Negara Islam (IS) memegang senjata mereka dan mengibarkan bendera pada kenderaan mereka semasa konvoi menuju Iraq dari Raqqa, Syria. - AP
Gambar fail yang dikeluarkan oleh sebuah laman web militan menunjukkan kumpulan Negara Islam (IS) memegang senjata mereka dan mengibarkan bendera pada kenderaan mereka semasa konvoi menuju Iraq dari Raqqa, Syria. – AP

Kematian itu adalah yang pertama dalam operasi Turki di dalam Syria yang mana IS disyaki dalangnya dan meragut jumlah nyawa terbesar Ankara dalam serangan hingga kini.

Turki menyalahkan kematian seorang tentera pada 28 Ogos dalam serangan serupa ke atas miltia Kurdis.

Tentera berkata dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen NTV bahawa kematian itu berlaku dalam serangan roket ke atas dua kereta kebal Turki. Pihak tentera berkata serangan berlaku di kampung Wuquf selatan Al-Rai, yang mana kereta kebal Turki membuka medan kedua dalam operasi mereka di Syria pada hujung minggu. – AFP