Serangan senjata di bandar Honduras bunuh 10

Serangan senjata di bandar Honduras bunuh 10

TEGUCIGALPA, 6 Mac (Reuters) – Kira-kira 10 orang maut apabila ditembak mati oleh lelaki berpakaian uniform polis dalam satu serangan di bandar Tegucigalpa, Honduras, kelmarin, menurut pasukan keselamatan dan hospital.

Lima lelaki tiba dalam sebuah kenderaan di dewan biliard dalam satu keganasan di kejiranan timur laut pada 1 Disember dan melepaskan tembakan menggunakan senapang AK-47.

Lelaki berkenaan memakai pakaian polis kemudian mereka menyerang, menembak lapan orang dan mencederakan yang lain, kata satu sumber kementerian keselamatan yang meminta namanya dirahsiakan.

Dua yang lain kemudian meninggal dunia di sebuah Hospital Escuela Universitario, menurut jurucakap hospital, Miguel Osorio.

Sebanyak 16 kes homisid secara puratanya berlaku di Honduras setiap hari, kebanyakannya disebabkan pertikaian dadah dan wilayah oleh geng ganas yang berniat melakukan pemerasan.