Serangan siber jejas 2.4 juta pelanggan

Serangan siber jejas 2.4 juta pelanggan

LONDON, 9 Ogos (Agensi) – Peruncit telefon mudah alih British, Carphone Warehouse berkata maklumat peribadi sehingga 2.4 juta pelanggannya mungkin sudah diakses selepas syarikat itu menjadi mangsa serangan siber.

Syarikat itu berkata pelanggaran keselamatan itu, yang dikesan pada Rabu lepas, mungkin membabitkan nama, alamat, tarikh lahir dan maklumat perbankan para pelanggan.

Ia berkata semalam bahawa sehingga 90,000 maklumat kad kredit pelanggan juga mungkin dapat diakses oleh penggodam.

Sebastian James, ketua eksekutif kumpulan Dixons Carphone, berkata syarikat sudah memaklumkan semua mereka yang terjejas mengenai perkara tersebut. Syarikat berkata ia sudah melancarkan penyiasatan selain melaksanakan langkah keselamatan baru untuk mencegah berulang lagi pencerobohan tersebut. Dixons Carphone beroperasi di kira-kira dua belas negara-negara Eropah termasuk Britain, Ireland dan Jerman.

ARTIKEL YANG SAMA