Serangan siber sasar lokasi rundingan nuklear

Serangan siber sasar lokasi rundingan nuklear

GENEVA/BERLIN, 11 Jun (Reuters) – Satu virus komputer digunakan untuk menggodam lokasi yang berkaitan dengan rundingan antarabangsa mengenai program nuklear Iran, menurut firma keselamatan Rusia Kaspersky Lab semalam.

Wall Street Journal berkata virus tersebut dipercayai digunakan oleh para pengintip Israel dan Kaspersky mengaitkannya dengan “tiga hotel mewah Eropah” yang digunakan dalam rundingan membabitkan Iran dan enam kuasa-kuasa dunia. Mangsa-mangsa lain Duqu ditemui di negara-negara Barat, Timur Tengah dan Asia, katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel.

“Paling ketara, sebahagian jangkitan baru pada 2014-2015 dikaitkan dengan acara P5+1 dan tempat berkaitan dengan rundingan dengan Iran mengenai program nuklear,” kata kenyataan itu.

“P5+1” merujuk kepada enam kuasa-kuasa dunia yang berunding dengan Iran mengenai usaha mengekang program nuklearnya yang dipertikaikan – Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain, Perancis dan Jerman. Rundingan berkenaan berlangsung di Geneva, Lausanne, Montreux, Munich dan Vienna.

ARTIKEL YANG SAMA