Serangan tikaman dorongan IS di Sydney

Serangan tikaman dorongan IS di Sydney

SYDNEY, 11 Sept – Lelaki ‘didorong oleh’ kumpulan IS hari ini didakwa melakukan tindakan ganas ekoran serangan tikaman yang disifatkan oleh polis Australia ‘wajah baru pengganasan’.

Penikaman oleh lelaki itu yang berusia 22 tahun di Sydney berlaku dua hari selepas seorang remaja lelaki didakwa membuat ancaman di Sydney Opera House dan kedua-dua kejadian menyusuli gesaan IS supaya tapak-tapak Australia yang menonjol dijadikan sasaran. Lelaki itu, yang media tempatan mendedahkannya sebagai Ihsas Khan, didakwa melakukan perlakuan ganas dan cuba membunuh selepas serangan yang disyaki ke atas lelaki berusia 59 tahun di pinggir kota barat daya Sydney, Minto semalam.

“Kami tahu orang ini mempunyai kepercayaan pelampau yang kuat yang didorong oleh ISIS,” polis negeri New South Wales Timbalan Pesuruhjaya Catherine Burn memberitahu para pemberita di Sydney, dengan menambah kata para penyiasat telah merampas sebilah ‘pisau besar’.

Peguam Negara Persekutuan George Brandis berkata para penyiasat telah membuktikan hubungan dengan IS yang dikatakan itu, selepas merampas bahan berkaitan kumpulan militan itu, tanpa memberikan butiran lanjut. Penikaman itu yang mengakibatkan mangsa yang pihak polis percaya tidak mengenali penyerangnya, mengalami cedera teruk pada tangan dan badannya. Mangsa berada di hospital dalam keadaan serius.

Burn berkata apabila polis tiba di sebatang jalan raya di Minto, tempat mangsa berada, lelaki muda itu dikatakan cuba menikam para pegawai polis menerusi tingkap.

“Apa yang membuatkannya lelaki itu sebenarnya bertindak semalam, kami tidak tahu. Tetapi diharapkan penyiasatan kami seterusnya akan mengetahuinya. Itu adalah sengaja dan ia ganas,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA