Serangan tikaman terus meningkat

Serangan tikaman terus meningkat

BAITULMAQDIS, 23 Okt (AFP) – Seorang penduduk Palestin menikam dan mencedera seorang tentera di Tebing Barat hari ini sebelum tentera Israel menembak dan mencedera penyerang tersebut, kata tentera.

“Seorang penyerang menikam seorang tentera IDF ketika aktiviti operasi bersebelahan dengan pagar keselamatan di Gush Etzion,” blok petempatan yahudi di selatan baitulMaqdis, kata satu kenyataan tentera.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP tentera yang ditikam adalah seorang penjeak Badui yang telah membuka pagar untuk membolehkan penduduk Palestin memetik buah zaitun.

Anggota keselamatan Palestin mengenalpasti penyerang sebagai Mussab Ghanimat, 17, dari kampung berhampiran Sureif.

Hospital yang merawat tentera itu berkata beliau ditikam di bahu dan berada dalam keadaan tidak serius. Jurucakap untuk hospital yang merawat Ghanimat berkata beliau berada dalam keadaan sedar dan tidak serius.

Terdapatnya beberapa siri kejadian menikam pada bulan ini, kebanyakannya oleh penduduk muda Palestin, ke atas tentera, polis atau orang awam Israel.

Semalam, dua lelaki dari Sureif menikam seorang lelaki di bandar Israel Beit Shemesh sebelum ditembak. Salah seorang di antara mereka terbunuh dan seorang lagi cedera.

Sejak 1 Oktober, sekurang-kurangnya 49 penduduk Palestin dan seorang penduduk Arab Israel telah terbunuh, termasuk penyerang.

Lapan warga Israel telah terbunuh dalam serangan.