Serangan udara bunuh 14 militan

Serangan udara bunuh 14 militan

ISLAMABAD, 30 Ogos (Agensi) – Sekurang-kurangnya 14 militan terbunuh kelmarin dalam satu serangan udara di barat laut Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan, menurut pihak tentera.

Serangan itu menyasarkan persembunyian militan di kawasan Shawal di rantau puak Waziristan yang tidak mempunyai undang-undang, di mana pihak tentera melancarkan serangan terhadap Taliban sejak Jun tahun lepas.

“Secara tepat serangan udara di Shawal, 14 pengganas telah terbunuh,” pihak tentera berkata dalam satu keterangan.

Jumlah kematian belum dapat disahkan sepenuhnya memandangkan zon konflik itu berada di pedalaman dan pihak pemberita dilarang memasuki kawasan tersebut.

Pakistan selama ini telah berjuang untuk pemberontakan tempatan Islam selama lebih satu dekad.

Pegawai berkata lebih daripada 2,000 militan telah terbunuh sejak pelancaran serangan terbaru itu.

ARTIKEL YANG SAMA