Serangan udara bunuh ketua Al-Qaeda

Serangan udara bunuh ketua Al-Qaeda

WASHINGTON, 22 Julai – Serangan udara pasukan bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini telah mengorbankan ketua cabang Al-Qaeda di Syria yang dituduh oleh para pegawai Amerika merancang serangan ke atas AS dan sekutu-sekutunya, menurut Pentagon.

Muhsin al-Fadhli terbunuh dalam ‘serangan kinetik’ pada 8 Julai, ketika berada di dalam sebuah kenderaan dalam perjalanan berhampiran Sarmada, bandar barat daya Syria, menurut Kapten Jeff Davis, seorang jurucakap Pentagon.

Dia tidak mengesahkan sama ada dron atau pesawat udara dikendalikan, telah membunuh Fadhli, 34 tahun.

Fadhli dikatakan ketua Kumpulan Khorasan, sebuah kumpulan anggota kanan Al-Qaeda yang telah pergi ke Asia Tengah dan tempat lain di Timur Tengah ke Syria untuk merancang serangan ke atas pihak Barat.

Militan kelahiran Kuwait itu begitu dipercayai oleh lingkaran dalam pemimpin tertinggi Al-Qaeda Osama Laden dan dia adalah antara beberapa orang yang mengetahui lebih awal tentang serangan 11 September 2001 ke atas AS, menurut perisikan AS.

Gambar tidak bertarikh Muhsin al-Fadhli yang dikatakan terbunuh dalam satu serangan udara. - Reuters
Gambar tidak bertarikh Muhsin al-Fadhli yang dikatakan terbunuh dalam satu serangan udara. – Reuters

“Kematiannya akan mengurangkan dan mengganggu operasi luar Al-Qaeda yang sedang berjalan ke atas AS dan sekutu-sekutunya dan juga rakannya,” kata Davis, yang mengetuai operasi media Jabatan Pertahanan.

Pakar cegah keganasan Bruce Riedel, bekas penganalisis CIA, bagaimanapun menyifatkan kematian Fadhli adalah tamparan ‘serius tetapi tidak membawa padah’ kepada Al-Qaeda di Syria.

Davis berkata Fadhli juga terlibat dalam serangan Oktober 2002 ke atas Marin AS di Pulau Failaka, Kuwait dan ke ata MV Limburg, kapal tangki minyak Perancis.

Dia dilaporkan telah sebelum ini menjadi sasaran dalam serangan udara pada September tetapi kematiannya tidak disahkan oleh para pegawai AS pada ketika itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA