Serangan udara Israel, ibu dan anak maut

Serangan udara Israel, ibu dan anak maut

BANDAR GAZA, Wilayah-Wilayah Palestin, 11 Okt – Seorang ibu mengandung warga Palestin dan anak damit perempuannya terbunuh dalam serangan udara tindakan balas Israel ke atas Gaza hari ini, ketika keganasan antara Israel dan Palestin semakin tidak dapat dikawal.

Nur Hassan, 30 tahun, anak perempuannya Rahaf Hassan, 2 tahun, terbunuh apabila rumah mereka di utara bahagian Semenanjung Gaza musnah akibat serangan Israel, menurut paramedik, dengan tiga orang lagi masih terperangkap di bawah puing-puing.

Israel berkata ia menyasarkan ‘dua tempat pengeluaran senjata Hamas’ dalam respons terhadap serangan dua roket ke dalam Israel semalam, dan juga bilangan percubaan oleh pihak Palestin untuk menceroboh masuk Israel melalui Gaza.

Salah satu roket telah mengenai sebuah padang terbuka di selatan Israel dan satu lagi telah dipintas, manakala sembilan orang Palestin terbunuh ketika pertempuran di sempadan dengan tentera-tentera Israel.

Sementara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Mahmud Abbas telah berusaha mengelak keadaan bertambah teruk, belia-belia Palestin yang kecewa telah menentang usaha-usaha untuk mengembalikan ketenangan dan siri-siri penembakan telah mencetuskan kebimbangan di Israel.

Seorang anak kecil perempuan berusia 2 tahun bersama ibunya yang sedang mengandung menjadi mangsa serangan udara Israel di utara semenanjung Gaza hari ini. - AFP
Seorang anak kecil perempuan berusia 2 tahun bersama ibunya yang sedang mengandung menjadi mangsa serangan udara Israel di utara semenanjung Gaza hari ini. – AFP

Gaza terutamanya tenang di tengah kekacauan minggu ini di tempat lain, tetapi pertempuran baru-baru ini, juga serangan roket dan serangan udara menambah lagi kebimbangan bahawa kebangkitan lebih meluas Palestin, mungkin meletus.

Pertempuran sempadan pada Jumaat lalu berlaku ketika ketua Hamas di Gaza, Ismail Haniya, menyifatkan keganasan menyeluruh sebagai kebangkitan dan menggesa kebangkitan Hamas seterusnya, yang memimpin Gaza, masih berbahagi dari Tebing Barat Abbas yang diterajui Fatah.

Abbas dan juga Netanyahu sementara itu telah berbincang dengan Setiausaha Negara AS John Kerry, setiap mereka menyalahkan antara satu sama lain ekoran tercetusnya situasi itu.

Netanyahu berkata dia memberitahu Kerry dia menjangkakan Pihak Berkuasa Palestin supaya menghentikan hasutan liar dan dusta, yang mengakibatkan gelombang keganasan pada hari ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA