Serangan udara Israel sasar Hamas

Serangan udara Israel sasar Hamas

BAITULMAQDIS, 28 Ogos (Reuters) – Israel melancarkan serangan udara ke atas kemudahan pergerakan Hamas hari ini sebagai tindak balas ke atas bedilan roket dari Semenanjung Gaza, menurut tentera Israel.

Tiada seorang pun yang mengalami kecederaan dalam serangan waktu malam itu ke atas selatan Israel, kata tentera dalam satu kenyataan. Tiada juga laporan sebarang korban jiwa di enklaf Palestin selepas pesawat perang menyasarkan apa yang menurut tentera Israel adalah kilang senjata api milik pergerakan Islam Hamas.

Kumpulan jihad Salafi yang menyokong gesaan al-Qaeda bagi perang suci global mendakwa bertanggungjawab bagi kebanyakan serangan ke atas Israel dari Semenanjung Gaza sejak berakhirnya peperangan selama 50 hari setahun lepas.

Setakat ini tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab bagi bedilan roket hari ini, yang meletup di kawasan terbuka bersebelahan dengan sempadan Gaza, tetapi Israel dilaporkan berkata ia mempertanggungjawabkan ke atas pergerakan Hamas bagi sebarang serangan dari enklaf yang mempunyai 1.8 juta warga Palestin tersebut.

Menurut laman sesawang Kementerian Luar Israel, 11 bedilan roket dari Semenanjung Gaza, tidak termasuk satu yang dilancarkan pada Khamis, mengenai sasaran Israel sejak gencatan senjata yang di broker oleh Mesir dan menghentikan perang Gaza.