Serangan udara landa Aleppo, Syria

Serangan udara landa Aleppo, Syria

BEIRUT, 14 Okt – Pesawat perang Syria dan Rusia menjalankan puluhan serangan udara ke atas daerah Aleppo yang ditawan pemberontak hari ini, menurut pemantau, ketika kuasa-kuasa dunia bersedia untuk rundingan baru ke atas gencatan senjata.

“Serangan udara yang sangat hebat menyasarkan beberapa kawasan kejiranan dari subuh hingga pagi,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Balai Cerap bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

Dia tidak menyatakan jumlah korban jiwa akibat serangan itu.

Ibrahim Abu al-Leith, seorang jurucakap bagi pasukan penyelamat White Helmets di Aleppo, berkata serangan udara itu telah membadai bandar itu dan sekitarnya semalaman namun kembali tenang pada 11 pagi (0800 GMT). – AFP