Serangan udara ragut 19 jiwa

Serangan udara ragut 19 jiwa

BEIRUT, 5 Okt – Tiga kanak-kanak antara kira-kira 19 orang awam yang terbunuh dalam serangan udara di sebuah kampung yang ditawan oleh kumpulan Islamic State (IS) di utara Syria hari ini, menurut pemantau.

Balai Cerap bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata ia masih tidak jelas sama ada serangan itu dijalankan oleh pasukan gabungan diketuai AS yang menentang IS, atau Turki, yang mengetuai operasi ke atas kumpulan jihad di kawasan itu dengan sokongan dari pasukan pemberontak Syria.

Serangan itu melanda kampung Thalthana, di utara wilayah Aleppo, menurut pemantau berpangkalan di Britain.

Thalthana terletak berhampiran kubu kuat IS, Al-Bab, dan hanya 12 km tenggara Dabiq yang ditawan jihad, yang mana para pemberontak disokong Turki telah mara beberapa hari kebelakangan.

Turki memulakan operasi tidak pernah berlaku dahulu di Syria, digelar Operasi Euphrates Shield, pada 24 Ogos. – AFP