Serbia umum p’raya pada April

Serbia umum p’raya pada April

BELGRADE, 4 Mac (AFP) – Presiden Serbia hari ini mengumumkan pilihan raya parlimen akan diadakan pada April, dengan Perdana Menteri pro-Eropah, Aleksandar Vucic dijangkakan akan memperkukuhkan pegangan kuasanya dalam undian ketiga negeri Balkan itu selama empat tahun.

Presiden Tomislav Nikolic mengatakannya dalam pengumuman televisyen bahawa beliau telah menandatangani satu akta bagi pembubaran parlimen dan mengatakan pilihan raya itu akan diadakan pada 24 April, dua tahun sebelum pilihan raya itu akan diadakan di bawah perlembagaan Serbia.

Pengumuman itu muncul di tengah-tengah krisis berhubung gelombang pelarian yang tidak dijangkakan sebelumnya telah memasuki Eropah, dan Vucic telah mendapat pujian bagi layanan Serbia ke atas berpuluh ribu penghijrah yang telah melintasi wilayahnya sejak tahun lepas.

Tomislav Nikolic ketika hendak memberikan kenyataan selepas beliau menandatangani akta pembubaran parlimen di Belgrade pada 4 Mac. – AFP
Tomislav Nikolic ketika hendak memberikan kenyataan selepas beliau menandatangani akta pembubaran parlimen di Belgrade pada 4 Mac. – AFP

Dalam satu permintaan bagi undian awal yang dihantar kepada Nikolic kelmarin, kerajaan Vucic mengatakan ia memerlukan mandat jelas untuk menyelesaikan reformasi yang akan membolehkan negara yang memiliki penduduk seramai tujuh juta orang itu untuk menyertai Kesatuan Eropah.

“Pilihan raya ini akan menjadi satu referendum mengenai sama ada Serbia mahu menjadi sebuah negara Eropah moden menjelang 2020,” kata perdana menteri berusia 45 tahun itu dalam temu bual di televisyen minggu ini.