Serbuan dadah, polis Mexico bunuh 22 orang awam

Serbuan dadah, polis Mexico bunuh 22 orang awam

MEXICO CITY, 19 Ogos – Polis Mexico membunuh 22 penduduk awam dalam pembunuhan dilakukan sewenang-wenangnya ketika serbuan mengenai dadah tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia.

Pertumpahan darah itu berlaku dalam serbuan dilakukan polis persekutuan terhadap kartel dadah Jalisco Nueva Generacion di negeri Michoacan pada 22 Mei 2015. Ia adalah pertempuran paling berdarah dalam kempen memerangi kumpulan dadah yang dilancarkan kerajaan Mexico.

Pegawai mencabul hak untuk hidup dengan penggunaan kekerasan melampau yang membawa kepada pembunuhan 22 penduduk awam, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan negara itu.

Mereka juga melakukan tindakan keterlaluan mendera dua lagi tahanan, kata ketua suruhanjaya itu, Ismael Eslava. – AFP