Serbuan rumah ‘doktor dalam video IS’

Serbuan rumah ‘doktor dalam video IS’

SYDNEY, 29 Jan – Polis telah menyerbu dua buah rumah di Melbourne dalam operasi cegah keganasan, dengan laporan hari ini mengaitkan mereka dengan seorang lelaki Australia yang muncul dalam video propaganda kumpulan Islam IS tahun lalu.

Rumah di pinggir kota utara Melbourne, Craigieburn dan Meadow Heights diserbu semalam, Polis Persekutuan Australia mengesahkan hari ini tanpa memberi butiran tentang ‘penyiasatan yang sedang berjalan.”

Mereka adalah bekas isteri-isteri Mohomed Unais Mohomed Ameen, lapor Perbadanan Penyiaran Australia(ABC), dengan menambah kata dia telah muncul dalam video propaganda yang mempromosikan ‘perkhidmatan kesihatan’ IS di Syria.

Dia yang berusia 41 tahun yang dilahirkan di Sri Lanka menurut ABC dilaporkan mendakwa bekerja di fisioterapi di hospital yang dikendali IS dan muncul di skrin berada di sisi seorang lagi warga Australia, Tareq Kamleh, dalam rakaman yang dimuat naik ke YouTube di April.

Serbuan dibuat ketika seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak didedahkan namanya hari ini mengaku bersalah membuat persediaan dan merancang tindakan pengganas tahun lalu.

Pihak pendakwaan mengatakan remaja itu memiliki sebahagian bom paip yang dibuat apabila dia ditahan tahun lalu, dengan laporan kemudian mengaitkannya dengan rancangan yang menumpu pada perayaan Hari Ibu, lapor ABC. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA