Serena ahli sukan terbaik 2015

Serena ahli sukan terbaik 2015

NEW YORK, 15 Dis (AFP) – Serena Williams, yang menguasai pertandingan dunia tenis tahun ini walaupun bergelut dengan kesakitan dan kecederaan, dinamakan sebagai ahli sukan terbaik 2015 semalam oleh Sports Illustrated.

Majalah tersebut berkata ia menghormati ikon berusia 34 tahun itu kerana jumlah kejayaan positifnya dan kedudukannya mencapai apa yang digelar kebangkitan kerjaya terhebat dalam sejarah mana-mana sukan.

Williams memenangi tiga gelaran utama, mencatatkan 53 kejayaan dari 56 pertandingan yang disertainya dan berada di rangking nombor satu setiap minggu musim ini bagi tahun kedua.

Dan selama enam minggu musim ini, Williams mencatatkan mata rangking sebanyak dua kali ganda sebagai pemain nombor dua dunia. Sports Illustrated berkata ini adalah yang pertama dalam 40 tahun sejarah rangking WTA.

Tetapi statistik tersebut menutupi tahun di mana “kesemua kesukaran dalaman dan kesakitan yang menjejaskan; Williams menangani tubuhnya tidak seperti sebelumnya,” kata Sports Illustrated.

Serena Williams ketika bertanding sebagai ahli pasukan Manila Mavericks dalam Liga Perdana Tenis Antarabangsa di Filipina. – Reuters
Serena Williams ketika bertanding sebagai ahli pasukan Manila Mavericks dalam Liga Perdana Tenis Antarabangsa di Filipina. – Reuters

Untuk menyatakannya: batuk dan demam yang menyaksikannya muntah ketika pertandingan pada Terbuka Australia, yang dimenanginya; bengkak tulang di kedua belah lututnya – “kesan 20 tahun persaingan”- kesakitan siku kanan dan demam selesema pada Terbuka Perancis (sekali lagi, dia memenanginya).

Dalam satu kenyataan yang kuat terhadap rasis, Williams juga kembali untuk beraksi di pertandingan di Indian Wells, California, buat kali pertama sejak 2001. Tahun itu dia disambut dengan ejekan dan keluarganya berkata dia juga melalui penghinaan perkauman.

Williams menggelar aksi kembalinya “saat terhebat dalam tenis.”

“Serena telah membuktikannya bukan hanya sebagai pemain tenis terbaik dalam generasinya tetapi sepanjang masa, dan selepas beberapa persembahan yang digabungkannya pada 2015, dia adalah salah seorang atlet paling dominan beraksi pada hari ini,” kata Editor Sports Illustrated Group, Paul Fichetenbaum.

“Tahun ini adalah luar biasa,” kata Williams mengenai penghormatan terbarunya.

“Bagi Sports Illustrated untuk mengiktiraf kerja keras, dedikasi dan keazaman saya dengan anugerah ini memberikan saya harapan untuk meneruskan dan melakukan lebih baik lagi. Seperti yang selalu saya katakan, ia memerlukan satu pasukan – bukan hanya seorang. Ini bukan hanya pencapaian bagi saya, tetapi bagi kesemua pasukan dan peminat saya. Saya merasa dihargai,” katanya, menurut Sports Illustrated.