Serena belasah pesaing Taiwan

Serena belasah pesaing Taiwan

MELBOURNE, 20 Jan – Pemain nombor satu dan juara bertahan, Serena Williams mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia hari ini dengan kemenangan straight set ke atas Hsieh Su-wei dari Taiwan.

Pemenang enam kali Melbourne Park itu, yang memburu untuk menyamakan rekod era Terbuka Steffi Graf bagi 22 gelaran Grand Slam, menewaskan Hsieh 6-1, 6-2 di Rod Laver Arena.

Dia seterusnya berdepan sama ada Daria Kasatika dari Rusia dengan potensi pertemuan ke suku akhir menentang Maria Sharapova yang sedang menunggu.

Williams memberikan dirinya “A” bagi usaha itu ketika dia bergelut mengatasi Camila Giorgi dari Itali pada pusingan pertama, yang mengetepikan kebimbangan terhadap kecederaan lutut yang menjejaskannya dalam usaha itu, tetapi tidak menerima tentangan sukar menentang Hsieh.

Di atas kertas, pemain ranking ke-90 dari Taiwan itu bukanlah saingan Williams. Dia mara ke pertandingan minggu kedua sebagai pemain kelayakan pada 2008, tetapi hanya memenangi dua pertandingannya di sini.

Williams tidak memandang mudah persaingan itu dalam pertandingan peringkat jelajah sejak Terbuka AS pada September lalu.

Sekali lagi mengenakan skirt berwarna kuning dan baju midriff, dia secara perlahan menyesuaikan dengan permainan walaupun servisnya tidak seperti biasa namun tetap bertahan untuk berada 1-0 di depan.

Williams tidak lama kemudian bersemangat dan bergerak dengan baik, menekan Hsieh dengan pukulan balas dan voli liar daripada pemain Taiwan itu membolehkannya mendapatkan break untuk mendahului 2-0.

Pemain dari AS itu, 34, yang hanya melepaskan tiga permainan dalam 56 perlawanan musim lalu, berada di bawah tekanan pada permainan ketiga tetapi terus bertahan untuk mengekalkan kelebihan sebelum Hsieh akhirnya mendapat mata permainan 1-3.

Ketika Williams bersedia bagi tugasan itu, Hsieh yang tidak berpengalaman dalam Grand Slam terjejas dengan pemain dari AS itu mendapatkan break sekali lagi kemudian melengkapkan set itu dalam masa 28 minit.

Williams secara konsisten membuat servis pukulan 30 kph (18.6 mph) lebih laju berbanding Hsieh dan ia mendapatkan penguasaannya, dengan pukulan balas lemah memberikan ruang bagi pilihan utama itu.

Dia menghasilkan kebanyakan peluangnya dan melengkapkan pertandingan dengan ace bagi kejayaan rutin dalam masa tepat satu jam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA