Serena bersaing rebut penghormatan USOC

Serena bersaing rebut penghormatan USOC

LOS ANGELES, 6 Nov (Reuters) – Serena Williams, Simone Biles dan Ted Ligety adalah di antara finalis atlet lelaki dan perempuan bagi merebut penghormatan Jawatankuasa Olimpik AS (USOC) semalam.

Persaingan tersebut begitu sengit bagi atlet tahunan wanita Pasukan AS dengan Williams, satu-satunya wanita kedua untuk memenangi gelaran Grand Slam kali keempat berturut-turut sebanyak dua kali, yang akan bersaing bersama ahli gimnastik Biles, yang pada awal bulan ini memenangi gelaran dunia kali ketiga pada 2015.

Juga dalam persaingan adalah Katie Ledecky, perenang pertama untuk memenangi acara gaya bebas 200, 400, 800 dan 1,500 meter pada kejuaraan dunia. Pesaing lain termasuk triatlet, Gwen Jorgensen, yang memenangi gelaran dunia keduanya berturut-turut pada 2015 untuk menjadi triatlet pertama — -lelaki atau perempuan — untuk melengkapkan musim tanpa kalah dalam 12 kemenangan Siri World Traithlon, dan ahli gusti Adeline Gray, yang memenangi gelaran dunia ketiganya pada 75 kg.

Ligety menjadi peluncur kedua terbaik dalam kejohanan dunia dengan memenangi gelaran dunia giant slalom ketiga berturut-turut di tempat sendiri di Beaver Creek pada Februari dan akan bersaing menentang Ashton Eaton, yang mencatatkan rekod dunia 9,045 mata dalam memenangi pingat emas pada kejohanan dunia 2015.