Serena dikalahkan kakak sendiri

Venus Williams semasa menghadiri sidang media selepas menewaskan adiknya, Serena dalam pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells. – AP

INDIAN WELLS, 13 Mac – Penampilan semula Serena Williams dalam kejohanan tenis berakhir semalam selepas dia tersingkir dari kejohanan Indian Wells apabila ditewaskan oleh kakaknya, Venus Williams yang berkesudahan dengan 6-3, 6-4.

Venus mengakhiri perlawanan ke-29 antara mereka dengan kelebihan mata kedua di mana Serena membalas pukulan untuk mengakhiri tiga pusingan perlawanan itu.

Pilihan ke-10 Venus mara ke peringkat ke-16 dan bakal berdepan antara Anastasija Sevastova atau pilihan ke-12 Julia Georges. (Klik di sini untuk cerita lanjut)