Serena, Djokovic bimbang akan Olimpik Rio

Serena, Djokovic bimbang akan Olimpik Rio

PARIS, 29 Mei – Serena Williams semalam mengakui bahawa bahaya kesihatan yang dicetuskan oleh virus Zika di Rio menjelang Olimpik adalah kebimbangan utama sementara Novak Djokovic mengakui impak ke atas penduduk Brazil tidak seharusnya dipandang remeh.

“Ia adalah sesuatu yang ada di minda saya. Saya perlu mendapatkan perlindungan sepenuhnya,” kata Williams, 34, juara Olimpik bertahan, selepas mara ke 16 pemain terakhir Terbuka Perancis dengan kemenangan 6-4, 7-6 (12/10) ke atas pemain tuan rumah Kristina Mladenovic.

Surat terbuka yang ditujukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang ditandatangani oleh 150 doktor antarabangsa, para saintis dan penyelidik Jumaat lalu meminta bagi Sukan Ogos itu dipindahkan atau ditangguhkan untuk membantu mencegah penyebaran Zika.

Mengadakan Sukan di Rio, bandar raya kedua terjejas di Brazil, adalah “tidak bertanggungjawab” dan “tidak beretika” dan boleh memberikan risiko tersebarnya virus kepada “tempat-tempat yang miskin, dan yang tidak terjejas” seperti Afrika dan Asia Selatan.

Bagaimanapun, WHO berkata memindahkan Olimpik tidak akan memberikan impak besar terhadap tersebarnya Zika.

Pertandingan tenis di Rio yang sudah dibelenggu dengan penarikan diri walaupun tidak semestinya berhubung kait dengan kesihatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA