Serena, Djokovic masuk senarai langsung Terbuka AS

Serena, Djokovic masuk senarai langsung Terbuka AS

NEW YORK, 23 Julai – Serena Williams, yang membida kalendar Grand Slam dan gelaran utama lima kali berturut-turut, menyertai pemain nombor satu dunia Novak Djokovic pada senarai kemasukan langsung Terbuka AS yang diumumkan semalam.

Pertubuhan Tenis AS berkata, 99 pemain teratas dunia dan 100 pemain wanita teratas – Peng Shuai pemain pilihan ke-29 dari China tidak hadir kerana kecederaan belakang – akan berada di lapangan apabila acara terakhir Grand Slam tahun ini bermula di Flushing Meadows bulan depan.

Juara bertahan tiga kali Williams, yang berkongsi rekod Era terbuka dalam gelaran Terbuka AS dengan Chris Evert di tempat keenam, boleh menjadi wanita pertama memenangi kesemua empat Grand Slam dalam tahun sama sejak Steffi Graf dalam tahun 1988.

Williams, yang memegang kesemua empat gelaran utama sekali gus dalam karier kedua ‘Serena Slams’ pernah memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-21 bagi dirinya di Wimbledon awal bulan ini, yang meletakkan dirinya di tempat ketiga pada senarai sepanjang masa di belakang Graf, yang telah menang 22 kali dan Margaret Court 24 kali.

Djokovic, finalis lima kali Terbuka AS yang telah memenangi gelaran itu dalam 2011, meraih gelaran Grand Slam kelapan dan kesembilannya tahun ini di Terbuka Australia dan Wimbledon.

Roger Federer, di tempat kedua dan yang pernah tewas kepada Djokovic pada final Wimbledon, memburu mahkota Terbuka AS buat kali keenam untuk menambah rekod kariernya meraih gelaran Slam kali ke-17.

Andy Murray dari Britain, pemenang Terbuka AS 2012 dan Wimbledon pada 2013 dan jaguh Terbuka Perancis Stanislas Wawrinka dan juga juara bertahan Marin Cilic dan Kei Nishikori pemain ranking kelima dan pemenang kedua Terbuka AS dari Jepun juga dalam senarai.

Begitu juga Rafael Nadal dari Sepanyol, jaguh Terbuka AS 2010 dan 2013 yang memburu gelaran Slam buat kali ke-15. Pemain nombor dua dunia dan jaguh Terbuka AS 2006 Maria Sharapova dari Rusia, pemenang tempat kedua Terbuka AS 2014 Caroline Wozniacki, jaguh dua kali Terbuka AS Venus Williams dan bekas jaguh Terbuka AS Samantha Stosur dan Svetlana Kuznetsova juga dalam senarai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA