Serena hadapi masalah ukir sejarah

Serena hadapi masalah ukir sejarah

NEW YORK, 26 Ogos – Serena Williams sekali lagi tiba di Flushing Meadows berhasrat untuk menulis semula buku–buku rekod tenis- -jika masalah bahu kanannya dan pesaingnya yang semakin berani membenarkannya.

Bintang AS itu, 34, menyamakan rekod Era Terbuka Steffi Graf bagi 22 gelaran perseorangan Grand slam dengan kejayaannya di Wimbledon pada Julai lalu.

Dengan kemenangan Terbuka AS ketujuh dia boleh memecahkan rekod Graf, dan meneruskan penguasaannya ke atas rekod gelaran sepanjang masa 24 Grand Slam dari Australia, Margaret Court.

Dia juga boleh memcahkan rekod Graf bagi 186 minggu bverturut–turut di rangking teratas dunia, dan mengatasi Chris Evert bagi kemenangan gelaran perseorangan Terbuka AS dalam Era Terbuka.

Tetapi selepas menyaksikan tahun yang mengecewakan diantara kemenangan Grand Slam ke 21 dan no.22, Williams berkata dia mempelajari untuk membiarkan sejarah menulisnya sendiri.

Pemian tenis wanita

‘Saya belajar untuk tidak terlibat dalam perdebatan dan perbincangan tersebut,’ kata Williams selepas kemenangan straight set ke atas Angelique Kerber dalam persaingan Wimbledon. ‘Saya sudah pasti mengalami kesukaran tidur pada waktu malam…saya merasakan banyak tekanan.”

Usaha Williuams dalam gelaran perseorangan Olimpik berakhir di Rio de Janeiro bulan ini apabila dia disingkirkan pada pusingan ketiga oleh Elina Svitolina.

Williams terjejas dengan kecederaan bahu yang memaksanya menarik diri dari pertandingan Montreal WTA ketika melakukan double fault dan 37 unforced erros dalam kekalahan menerusi straight set. – AFP