Serena, Halep akan berentap

Serena, Halep akan berentap

CINCINATI, 23 Ogos (AFP) – Pemain nombor satu dunia Serena Williams bangkit setelah ketinggalan pada set pembukaan untuk mencatatkan kemenangan 6-4, 6-3 semalam ke atas Elina Svitolina bagi kemaraan WTA di Cincinnati.

Pilihan utama itu jauh dari efisien pada separuh akhir, dilihat kehilangan sentuhan bagi beberapa pukulan, sebelum mendapatkan peluang bagi merebut gelaran kedua berturut–turut Cincinnati.

Dalam persaingan akhir hari ini dia akan bertemu pilihan ketiga dari Romania, Simona Halep, yang menewaskan juara Jelena Jankovic dari Serbia, 6-1, 6-2.

Halep juga akan kembali kepada kedudukan nombor dua dunia di belakang Williams hasil kemenangannya itu dan akan mendapatkan pilihan kedua di Terbuka Amerika Syarikat yang bermula dalam tempoh sembilan hari saja lagi.

Williams, 33 yang akan berusaha untuk menyelamatkan kalendar Grand Slam apabila Terbuka AS bermula pada 31 Ogos menyalahkan rentak hambarnya ke atas kecederaan siku yang dialaminya selama beberapa bulan.

“Saya tidak membuat banyak servis sejak Terbuka Perancis kerana saya mengalami masalah siku,” kata Williams.

“Walaupun sebelum persaingan Perancis saya tidak membuat banyak servis sehingga sehari sebelum pertandingan bermula.

“Saya telah berdepan dengan kedudukan itu buat masa yang panjang. Saya akan melalui tanpa mengiranya.

“Saya tidak tahu bagaimana saya menukar pertandingan. Saya bermula dengan perlahan. Tetapi saya mampu untuk memulakan dengan pukulan saya. Saya hanya memberitahu diri saya untuk berusaha.”

Williams memenangi pertandingan ke-47 berbanding dengan dua kekalahan musim ini.

“Saya hanya perlu membuat servis dengan keyakinan, dan saya tidak melakukannya ketika ini.”

Juara perseorangan Grand Slam 21 kali itu memperbaiki kedudukan kepada 20-4, pertandingan utama sebelum bermulanya Grand Slam tahun ini di Flushing Meadows.

Dia akan beraksi dalam final Cincinnati ketiganya berturut–turut dan menumpukan bagi gelaran kelimanya musim ini. Dia mencatatkan sembilan ace tetapi melakukan lapan double faults.