Serena harap Venus diterima

Serena harap Venus diterima

INDIAN WELLS (Amerika Syarikat), 11 Mac (AFP) – Serena Williams berharap kakaknya Venus (gambar) menerima sambutan hangat dalam kemunculan pertamanya pada saingan Indian Wells hari ini, selepas menamatkan boikot selama 15 tahun terhadap acara Jelajah WTA itu.

Kami mempunyai satu memori kurang baik di sini dan kami mahu melupakannya,” kata bintang nombor satu dunia Serena awal pagi tadi.

Pada 2001, peminat di Indian Wells mengejek Serena ketika perlawanan akhir selain mencemuh kakaknya serta ayahnya Richard Williams apabila mereka tiba untuk menonton aksi terbabit.

Richard mendakwa bahawa ejekan perkauman itu sengaja ditujukan kepada mereka.

pg21_160212_d

Serena, yang kembali beraksi dalam acara ini tahun lalu, menyambut baik keputusan kakaknya untuk mengambil bahagian kali ini dengan mereka berpeluang bertemu di peringkat suku akhir.

“Saya sangat gembira untuk berada di sini dan sangat teruja untuk dia merasai pengalaman sama seperti yang dilalui saya tahun lalu,” kata Serena.

“Di sini segala-galanya bermula buat kami. Di awal karier kedua-dua kami beraksi dalam pusingan kelayakan di sini pada 1997 atau 1998.”

ARTIKEL YANG SAMA