Serena intai temu Venus pada final Wimbledon

Serena intai temu Venus pada final Wimbledon

LONDON, 5 Julai – Serena dan Venus Williams boleh menghampiri kedudukan yang membawa nostalgia perpaduan Wimbledon apabila kedua adik-beradik itu terlibat dalam persaingan suku akhir esok.

Adik-beradik Williams telah menguasai All England Club selama lebih 15 tahun, mengutip 11 gelaran di antara mereka dan muncul bersama dalam 16 pertandingan itu. Empat daripadanya adalah persaingan keduanya, tetapi yang terakhir berlaku pada 2009.

Pemain nombor satu dunia Serena, dengan enam mahkota Wimbledon, akan menentang pilihan ke-21 dari Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dalam lapan pemain terakhir selepas juara bertahan itu mencatatkan kemenangan 7-5, 6-0 ke atas pilihan ke-13 dari Rusia, Sveltlana Kuznetsova.

Juara lima kali Venus akan menentang Yarsolava Shvedova dari Kazakhstan selepas menjadi pemain wanita suku akhir Wimbledon tertua dalam tempoh 22 tahun.

Dengan undian memihak keluarga Williams, Serena mengakui dia mahu melihat kakaknya di sebelah jaring Sabtu ini.

“Memang menarik. Saya menyatakannya secara terus. Saya suka dia menjadi pesaing terbaik saya, pesaing paling sukar saya,” kata Serena, yang menewaskan Venus pada pusingan keempat Wimbledon dan suku akhir Terbuka AS tahun lepas.

“Dia beraksi dengan baik tahun lepas. Dia melakukan banyak peningkatan. Bagus baginya dan amat menggalakkan.”

Serena, yang mendahului 16-11 dalam rekod pertemuan mereka, berkata ia tidak membincangkan mengenai prospek beraksi pada final kerana dia tidak mahu kehilangan fokus.

“Belum lagi. Saya mahu menentang Pavlyuchenkova, yang beraksi dengan baik. Sejujurnya, saya hanya fokus ke atas perlawanan itu,” kata Serena, yang memenangi kesemua lima pertemuannya bersama pemain dari Rusia itu.

“Saya tewas kepada pemain yang tidak pernah menewaskan saya pada masa lalu dalam beberapa kedudukan yang besar. Saya tidak tahu apa yang berlaku.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA