SERENA JULANG PIALA WIMBLEDON

SERENA JULANG PIALA WIMBLEDON

LONDON 10 Julai – Serena Williams menjulang piala Wimbledon ke tujuh dan sekali gus menyamai rekod 22 gelaran major dengan kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Angelique Kerber pada perlawanan akhir semalam.

Williams telah tersekat dengan 21 gelaran Grand Slam sejak memenangi Wimbledon tahun lepas, namun bintang Amerika itu mengakhiri kemarau tanpa kejuaraan dengan memenangi gelaran itu dan menyamai rekod Era Terbuka Steffi Graf.

Serena diberi tentangan hebat oleh Kerber dalam perlawanan yang berkualiti tinggi berlangsung 81 minit di Gelanggang Utama, namun pemain pilihan keempat dari Jerman itu ditumbangkan dengan serangan bertubi-tubi 39 winner dan 14 aces daripada juara bertahan itu.

“Ia satu perasaan hebat untuk berada di sini. Angelique membuatkan saya memainkan permainan terbaik saya,” ujar Serena. “Angka 22 sesuatu yang hebat. Gelanggang Utama terasa seperti rumah sendiri.”

Sebelum ini Williams gagal meneruskan kemaraan pada Terbuka AS tahun lepas, tewas pada pusingan separuh akhir.

Dia kemudian ditewaskan pada perlawanan akhir Terbuka Australia dan Perancis.

Serena Williams ketika menjulang piala Wimbledon 2016 sekali gus menyamai rekod kejohanan utama Steffi Graf sebanyak 22 gelaran. - AP
Serena Williams ketika menjulang piala Wimbledon 2016 sekali gus menyamai rekod kejohanan utama Steffi Graf sebanyak 22 gelaran. – AP

“Secara jelas saya sangat teruja untuk memenangi Wimbledon, itu adalah satu perasaan yang hebat. Namun mungkin lebih hebat lagi perasaan apabila memenangi gelaran ke-22, mencuba begitu keras untuk berada ke tahap ini, akhirnya berupaya untuk menyamai rekod sejarah, yang begitu hebat,” ujar Williams.

“Tewas pada tiga kejohanan utama sebelum itu tidak menjejaskan saya, ia hanya akan menjadikan saya lebih kuat.”

Kerber berkata pemain Amerika itu adalah juara yang sangat hebat.

“Serena anda berhak memenanginya, anda hebat sebagai seorang juara dan insan. Kita bermain perlawanan yang hebat,” kata Kerber. – AFP