Serena kembali bersemangat di Terbuka Miami

Serena kembali bersemangat di Terbuka Miami

MIAMI, 25 Mac (AFP) – Bintang nombor satu dunia, Serena Williams memulakan pemburuan mahkota kesembilan Terbuka Miami dengan mengetepikan rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS) Christina McHale 6-3, 5-7, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga, sebentar tadi.

Juara bertahan berusia 34 tahun itu, yang sama seperti pemain pilihan menerima bye pusingan pertama, seterusnya akan bertemu Zarina Diyas dari Kazakhstan, yang menewaskan pemain Australia Daria Gavrilova 7-5, 6-3.

“Untuk bermain di sini sangat istimewa,” katanya. Tetapi Williams, yang mengalami dua kekalahan berturut-turut di Terbuka Australia dan Indian Wells yang pertama kali sejak 2004, terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan lawannya berusia 23 tahun itu.

Juara dua kali Wimbledon Petra Kvitova turut menempah tiket ke pusingan ketiga dengan mencatat kemenangan 6-1, 6-4 ke atas pemain di ranking ke-83 dunia Irina Falconi dari AS.

Aksi Serena ketika pusingan kedua dalam Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center semalam. – AFP
Aksi Serena ketika pusingan kedua dalam Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center semalam. – AFP

Ekaterina Makarova menantinya di pusingan ketiga. Pemain Russia itu mudah menundukkan pemain Ukraine Lesia Tsurenko 3-6, 6-4, 6-3 di pusingan kedua, sebentar tadi.

Juara bertahan tiga kali Williams berhadapan dengan beberapa perlawanan sebelum kembali bangkit mempertahankan kejuaraan dari saingan berusia 23 tahun itu dan mengambil dua jam dan tujuh minit untuk mara ke pusingan ketiga.

“Dia hanya mula bermain lebih baik, saya membuat beberapa kesilapan dan kemudian saya terpaksa menarik diri saya kembali bersama-sama,” kata Williams.

“Saya rasa seperti saya hanya bermain, tetapi ia adalah hak semua. Saya kembali sekarang dan saya akan membuktikannya.”

ARTIKEL YANG SAMA