Serena ‘korban’ pertemuan Williams

INDIAN WELLS, 13 Mac – Penampilan semula Serena Williams dalam kejohanan tenis berakhir semalam selepas dia tersingkir dari kejohanan Indian Wells apabila ditewaskan oleh kakaknya, Venus Williams yang berkesudahan dengan 6-3, 6-4.

Venus mengakhiri perlawanan ke-29 antara mereka dengan kelebihan mata kedua di mana Serena membalas pukulan untuk mengakhiri tiga pusingan perlawanan itu. Pilihan ke-10 Venus mara ke peringkat ke-16 dan bakal berdepan antara Anastasija Sevastova atau pilihan ke-12 Julia Georges.

Ini merupakan pertembungan pertama antara dua beradik sejak berdepan sesama sendiri dalam perlawanan akhir Terbuka Australia 2017 yang menyaksikan Serena menang sebelum berehat selama 15 bulan kerana mengandung.

Jarang sekali berlaku apabila Serena dan Venus bertemu di peringkat awal kejohanan. Ia merupakan yang terawal sejak pertembungan pertama di Terbuka Australia pada 1998.

Kedua-dua adik-beradik itu tiba bersama-sama di luar stadium dengan menggunakan kereta golf kemudian berjalan menuju terowong yang menyaksikan Serena memasuki gelanggang sambil para penonton bersorak dan memberi sokongan.

Venus Williams semasa menghadiri sidang media selepas menewaskan adiknya, Serena dalam pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells. – AP

Venus mencatat enam aces tetapi memperolehi enam double faults dalam tempoh perlawanan selama sejam 26 minit.

Bagaimanapun, Serena masih bergelut untuk beraksi dengan baik selepas berehat lama di mana dia berjaya mencatat empat aces tetapi servis dibatalkan sebanyak empat kali.

Ini merupakan pertemuan Venus sebagai mak long dan Serena yang baru bergelar ibu selepas melahirkan anak perempuan, Alexis Olympia pada 1 September yang lalu.

Kemenangan Venus muncul selepas 17 tahun selepas insiden yang membawa kepada pemboikotan selama 14 tahun oleh kedua-dua adik-beradik itu. – AFP