Serena mara ke pusingan ketiga

Serena mara ke pusingan ketiga

NEW YORK, 3 Sept (AFP) – Serena Williams mara ke pusingan ketiga dalam buruan untuk melengkapkan kalendar Grand Slam tahun ini dengan menewaskan Kiki Bertens 7-6(5) 6-3 di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat semalam.

Beraksi di gelanggang Flushing Meadows, Serena bagaimanapun dikerah dalam permainan sengit oleh pemain ranking dunia ke-110 dari Belanda berkenaan.

Williams melakukan lapan kesilapan berulang pada set pertama dengan Bertens terus memberi saingan kepada pemain nombor satu dunia itu untuk mengheret ke permainan tie-break.

Pada satu ketika, Williams ketinggalan 4-0 pada tie-break namun bangkit semula untuk merebut set pertama berkenaan.

Reaksi Serena ketika menentang Kiki Bertens di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat, semalam. – AFP
Reaksi Serena ketika menentang Kiki Bertens di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat, semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA