Serena menang mudah

Serena menang mudah

LONDON, 2 Julai (Reuters) – Pilihan utama, Serena Williams terpaksa menunggu untuk meneruskan persaingan di Center Court tetapi tidak mensia-siakan masa dalam mengetepikan Timea Babos dari Hungary 6-4 6-1 dalam masa sejam semalam untuk mara ke pusingan ketiga Wimbledon.

Berikutan persaingan epik lima set di antara Marin Cilic dan Richard Berankis, pemain nombor satu dunia dan juara lima kali Wimbledon itu tidak berada dalam kedudukan untuk membuang masa biarpun melakukan beberapa kesilapan kecil.

Pemain dari AS itu menewaskan pesaingnya dari ranking ke 93 dalam dua set pembukaan, menamatkan yang pertama dalam masa 34 minit selepas mencatatkan tujuh ace, dan tidak pernah kelihatan dalam berbahaya setelah menyelamatkan dua mata break pada permainan keempat set kedua.

Dia menyelamatkan mata break kedua dengan satu ace dan kemudian mencatatkan satu lagi untuk mendahului 3-1.

“Saya bermain dengan baik,” kata Williams ketika dia keluar dari gelanggang itu selepas 59 minit berikutan kemenangannya 6-4, 6-1 berturut–turut. “Saya perlu meningkatkan permainan saya hari ini. Dia mempunyai servis yang kencang.”

Serena Williams bersorak selepas memenangi perlawanan tersebut. – AFP
Serena Williams bersorak selepas memenangi perlawanan tersebut. – AFP

Babos memberikan ujian awal kekuatannya dengan satu ace bagi servis pertamanya dalam pertandingan itu tetapi kemudian menghasilkan double fault sebelum menyelamatkan dua mata break dan kemudian bolos ketiga.

Pesaing Williams seterusnya adalah Heather Watson, satu–satunya wanita British untuk mara ke pusingan kedua, yang menewaskan bekas pemain nombor lima dunia dari Slovakia, Daniela Hantuchova 6-4, 6-2.

‘”Saya tidak mengenalinya (Watson) sama sekali, saya hanya melihatnya sekitar bilik loker,” kata Serena pada sidang akhbar yang terganggu dengan pengumuman loceng api. “Dia selalu tersenyum, jadi dia seperti bertenaga.”

ARTIKEL YANG SAMA