Serena, Muguruza bertembung di final

Serena, Muguruza bertembung di final

LONDON, 10 Julai (AFP) – Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams dan pemain meningkat naik dari Sepanyol, Garbine Muguruza akan bertembung pada final tenis Wimbledon.

Serena melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Maria Sharapova 6-2, 6-4 dalam masa 79 minit di Centre Court, malam tadi dengan juara lima kali Wimbledon itu melebarkan rekod pertemuan menang 18 kali daripada 20 pertemuan dengan Sharapova.

Pemain Amerika Syarikat berusia 33 itu akan melangkah masuk ke gelanggang final untuk kali ke-25 kejohanan Grand Slam dengan lapan daripadanya di Wimbledon. Sarena akan mengejar untuk kejuaraan major ke-21.

“Saya agak gementar sedikit kerana ia perlawanan separuh akhir dan sudah berapa lama saya mencapai tahap ini di Wimbledon. Saya amat teruja untuk ke akhir,” kata Serena yang tidak langsung memberi peluang kepada Sharapova untuk merampas set daripadanya.

“Ia mudah mudah nanti (final) namun ketika dia (Muguruza) meningkatkan tahap permainannya, saya pun melakukan yang sama,” katanya.

Serena (kanan) gembira selepas menewaskan Sharapova pada separuh akhir. – AFP
Serena (kanan) gembira selepas menewaskan Sharapova pada separuh akhir. – AFP

Berbeza dengan Serena yang menerima jalan mudah ke final, Muguruza, 21, pula terpaksa mengerah tenaga dalam permainan dua jam untuk menumpaskan pemain Poland yang juga pemain pilihan ke-13, Agnieszka Radwanska 6-2, 3-6, 6-3.

Dia menjadi pemain wanita Sepanyol pertama dalam masa 19 tahun untuk melangkah ke final Wimbledon.

Arantxa Sanchez-Vicario adalah pemain terakhir Sepanyol beraksi di final All England Club, manakala Conchita Martinez adalah pemain terakhir Sepanyol muncul juara Wimbledon pada tahun 1994.

ARTIKEL YANG SAMA