Serena, Murray ke pusingan kedua

Serena, Murray ke pusingan kedua

LONDON, 29 Jun (AFP) – Juara bertahan, Serena Williams meneruskan kemaraan bagi kemenangan ke-80 Wimbledon semalam, sementara Andy Murray juga mara ke pusingan kedua sebelum hujan lebat menjejaskan hampir setengah daripada program di All England Club itu.

Pemain nombor satu dunia itu dan juara enam kali, Williams, berusaha bagi menyamakan rekod gelaran Grand Slam ke-22, untuk mencatatkan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas pemain kelayakan dari Switzerland, Amra Sadikovic, yang berada di ranking ke-148 dunia.

Dia akan menghadapi pemain senegara dari AS, Christina McHale bagi berada dalam 32 kelompok terakhir.

“Saya mungkin berdusta jika saya berkata saya merasa segar, tetapi saya tidak merasa keletihan. Saya merasa dahaga, bersemangat, bersedia untuk melakukan yang terbaik,” kata bintang dari AS itu yang ibunya, Oracene Price menyaksikan daripada barisan depan Centre Court Royal Box. “Saya tidak pernah memandang rendah mana-mana pesaing. Saya selalu menjangkakan yang terbaik dari diri saya,” tambah Williams, yang memenangi 12 mata berturut-turut pada awal pertandingan untuk memulakan pendahuluan 3-0.

Serena Williams meraikan kejayaannya selepas memenangi perlawanan pusingan pertamanya. – AP
Serena Williams meraikan kejayaannya selepas memenangi perlawanan pusingan pertamanya. – AP

Bagaimana pun, bukan semua orang memberikannya kebenaran tinggi.

“Ia adalah salah satu servis terburuk yang saya lihat dari Serena. Ini adalah apa yang diberikan kepada harapan pemain lain,” kata legenda AS, John McEnroe, yang mengulas bagi BBC.

Pilihan utama, Williams memenangi pertandingan ke-21 pada All England Club 12 bulan lalu dengan menewaskan Garbine Muguruza.

Tetapi harapannya untuk menyamakan kedudukan bersama dengan rekod era Terbuka Steffi Graff dengan 22 gelaran tergendala sejak hari itu.

Dia tewas dalam separuh akhir Terbuka AS kepada Roberta Vinci dari Itali disusuli dengan kekalahan di Terbuka Australia kepada Angelique Kerber dan kemudian kepad Muguruza dalam Terbuka Perancis.

ARTIKEL YANG SAMA