Serena pilih Auckland bagi pemanasan Terbuka Australia

Serena pilih Auckland bagi pemanasan Terbuka Australia

WELLINGTON, 28 Sept – Serena Williams akan bersaing pada kejohanan Auckland Classsic Januari depan, ujar para penganjur hari ini, memuji penampilannya sebagai kejayaan besar bagi kejohanan New Zealand.

Pemenang Grand Slam 22 kali itu tidak pernah bermain dalam kejohanan bertarikh 2 hingga 7 Januari sebelum ini, yang lebih gemar untuk memanaskan badan bagi Terbuka Australia di Hopman Cup di Perth dalam tahun-tahun kebelakangan.

“Kami begitu teruja dengan berita ini. Serena adalah salah seorang bintang sukan ternama di planet,” ujar pengarah kejohanan Karl Budge.

Williams, juara bertahan Wimbledon, kini di tangga kedua dalam ranking dunia selepas Angelique Kerber memecahkan pemerintahan 186 minggunya di tangga teratas.

Dia berkemungkinan akan mendapat kembali kedudukan itu jika dia boleh memenangi mahkota Terbuka Australia ketujuhnya pada pembukaan musim Grand Slam di Melbourne.

Pemain Amerika berusia 35 tahun itu berkata prestasi yang baik di Auckland akan memberikannya peluang baik untuk memenangi gelaran utama ke-23 untuk memintas rekod era Terbuka yang dikongsinya kini bersama Steffi Graf. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA