Serena sasaran Venus

Serena sasaran Venus

NEW YORK, 31 Ogos – Venus Williams mencatatkan rekod kemunculan ke-72 dalam Grand Slam semalam dan berikrar untuk terus beraksi apabila menjadikan adiknya, Serena sasaran untuk diburu.

Venus, 36, juga melanjutkan rekod dalam pertandingan pusingan pertamanya di Terbuka AS kepada 18 dalam 18 percubaan ketika juara dua kali itu bergelut bagi kemenangan 6-2, 5-7, 6-4 ke atas Kateryna Kozlova dari Ukraine.

Williams mengatasi 71 kemunculan terbaik utamanya sebelum ini yang dikongsikan bersama Amy Frazier dari AS.

Biarpun menjadi pemain tertua dalam persaingan itu, Venus tidak berhasrat untuk berhenti pada bila–bila masa selepas mencapai kejayaan terbarunya.

Reaksi Venus semasa menentang Koslova pada Terbuka AS 2016 di USTA Billie Jean King National Tennis Center, kelmarin. – AFP
Reaksi Venus semasa menentang Koslova pada Terbuka AS 2016 di USTA Billie Jean King National Tennis Center, kelmarin. – AFP

“Saya gembira dan bersyukur. Apa yang saya harapkan adalah kesihatan yang boleh mengekalkan saya meneruskan rekod,” kata pemain veteran itu.

Venus pada masa ini berada di kedudukan keenam dunia, kemunculan semula bagi pemain yang tercicir di tangga ke 134 empat tahun lalu apabila dia dipaksa menarik diri akibat sindrom Sjogren.

Pada tahun lepas dia kembali di kedudukan 10 terbaik buat kali pertama sejak 2010. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA