Serena sedia untuk kembali beraksi

Serena sedia untuk kembali beraksi

MANILA, 7 Dis – Serena Williams berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bersaing dalam jelajah tenis wanita selepas bertarung dengan kesakitan dan kecederaan yang memaksa dirinya memendekkan kalendar musim 2015.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 34 tahun itu yang tewas dalam acara beregu campuran seakan mahu melepaskan geram apabila dia kemudiannya menewaskan Ana Ivanovic dalam saingan Liga Tenis Perdana Antarabangsa (IPTL) di Manila.

Kali terakhir Serena beraksi dalam saingan kompetitif adalah ketika dia tewas mengejut di tangan pemain Itali, Roberta Vinci dalam aksi separuh akhir Terbuka AS, September lalu.

“Saya tidak pernah berputus asa. Saya mengalami kecederaan.

Serena Williams bersedia untuk kembali beraksi setelah mengalami kecederaan pada musim ini. - Reuters
Serena Williams bersedia untuk kembali beraksi setelah mengalami kecederaan pada musim ini. – Reuters

“Saya sentiasa bermotivasi tinggi, jadi saya perlu menjadi lebih baik – boleh berjalan tanpa berasa sakit,” kata Serena yang tidak memaklumkan mengenai bentuk kecederaan yang dialaminya.

Selepas tewas kepada Vinci, dia menarik daripada Terbuka China dan WTA Akhir apabila berkata dia memerlukan masa untuk proses pemulihan. – AFP