Serena semakin pulih jelang Terbuka AS

Serena semakin pulih jelang Terbuka AS

NEW YORK, 29 Ogos – Pemain nombor satu dunia, Serena Williams ‘bebas daripada kesakitan’ jelang menggapai rekod Grand Slam kali ke-23 di era moden dalam Terbuka Amerika Syarikat,kata jurulatihnya semalam.

Bintang dari Amerika Syarikat itu, yang juga memburu gelaran ketujuh di New York, telah bergelut dengan kecederaan di bahu kanan beliau yang memberikan kecewaan pada Sukan Olimpik yang lalu dan juga terpaksa menarik diri dari kejohanan Cincinnati pada minggu lalu.

“Beliau telah bebas dari kesakitan dalam beberapa hari ini,” kata jurulatih Patrick Mouratoglou memberitahu ESPN semalam.

“Bahu beliau belum 100 peratus pulih tetapi hampir kearah itu dan dia akan mencari jalan untuk kembali beraksi dengan cemerlang. Beliau mempunyai semangat dan kekuatan mental.

“Dia mahu bermain di Sukan Olimpik Rio, ia adalah sangat penting baginya tetapi kecederaan di bahu telah mengganggunya.”Williams mengalami kekalahan mengejut pada separuh akhir di Terbuka Amerika Syarikat 12 bulan yang lalu di tangan pemain Itali, Roberta Vinci. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA