Serena, Sharapova dijangka bertemu di Terbuka Perancis

Serena, Sharapova dijangka bertemu di Terbuka Perancis

PARIS, 21 Mei – Dua nama besar dengan pendapatan paling tinggi dalam sukan wanita akan bertembung lagi apabila Terbuka Perancis berlangsung di Roland Garros Ahad ini.

Pemenang 19 kali grand slam Serena Williams, pada usia 33 tahun masih ratu lagi mutlak tenis dan pilihan utama kejohanan. Maria Sharapova memenangi dua daripada tiga gelaran lepas di Paris termasuk tahun lalu dan pada usia 28 tahun, beliau berada pada puncak kerjaya.

Sekiranya Serena dan Sharapova bertemu pada final 6 Jun, pengalaman masa lalu menunjukkan hanya ada seorang pemenang.

Williams belum pernah tewas kepada Sharapova sejak 2004 dan rekod pertemuan mereka kekal 17-2 dengan yang terakhir pada final Terbuka Australia awal tahun ini.

Keputusan sama pada 2013 apabila mereka bertemu dan sehingga kini hanya masa pada final Terbuka Perancis menentukan Sharapova tidak syak lagi menaruh harapan untuk menewaskan Williams pada pusingan awal seperti yang dilakukan Garbine Muguruza dari Sepanyol tahun lepas.

Maria Sharapova mengadakan latihan bersama jurulatihnya, Sven Groeneveld di Paris semalam sebagai persediaan untuk Terbuka Perancis. – AFP
Maria Sharapova mengadakan latihan bersama jurulatihnya, Sven Groeneveld di Paris semalam sebagai persediaan untuk Terbuka Perancis. – AFP

Namun Sharapova percaya dia cukup cergas pada masa yang tepat, sekali gus meningkatkan peluangnya di gelanggang tanah liat yang juga bukan permukaan kegemaran Williams.

“Saya rasa saya cukup cergas secara fizikal. Persediaan saya sudah cukup,” katanya selepas kemenangan di Rom pada hujung minggu.

“Saya pasti berkembang. Itu bukan rahsia. Ia bukan satu kejayaan dalam sekelip mata. Ia memerlukan banyak kerja secara fizikal dan mental untuk sampai ke tahap itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA