Serena tampil garang

Serena tampil garang

NEW YORK, 31 Ogos – Serena Williams bermula garang dalam usaha mencipta rekod baharu, apabila menjinakkan Ekaterina Makarova untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Bintang AS itu yang juga pemain nombor satu dunia mempamerkan persembahan suram sejak kejayaan di Wimbledon akibat kecederaan bahu kanan, hanya memerlukan 63 minit untuk mengatasi pemain ranking ke-29 dunia, Makarova 6-3, 6-3.

“Saya bermula terlalu pantas kerana saya tahu dia adalah lawan yang sukar,” kata Williams. Biarpun dia tampil tanpa disakiti kecederaan bahu, Williams berkata kecergasannya masih belum dibuktikan.

Walaupun bahu William dilihat dalam keadaan baik dalam aksi itu, namun menurutnya beliau perlu membuat ujian kecergasan secara keseluruhan nanti.

Serena mengembalikan pukulan semasa menentang Ekaterina Makarova dari Rusia pada Terbuka AS 2016 di USTA Billie Jean King National Tennis Center, New York, kelmarin. – AFP
Serena mengembalikan pukulan semasa menentang Ekaterina Makarova dari Rusia pada Terbuka AS 2016 di USTA Billie Jean King National Tennis Center, New York, kelmarin. – AFP

“Saya perlu menunggu sehingga esok untuk melihatnya,” katanya. “Saya tidak dapat bermain sejak Kejohanan Wimbledon. Setiap hari, saya melihat bagaimana perkembangannya,”.

Dengan memegang rekod gelaran sebanyak tujuh kali di Flushing Meadows, termasuk memperoleh kejayaan pertama pada 1999, Williams berjaya memecahkan rekod di era Terbuka dengan 22 gelaran Grand Slam.

Dia berkongsi jumlah kejuaraan dengan pemain Jerman, Steffi Graf dan menghampiri rekod Margaret Court yang merangkul 24 gelaran utama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA