Serena tarik diri Final WTA

Serena tarik diri Final WTA

LOS ANGELESE, 17 Okt – Bintang tenis Amerika Syarikat, Serena Williams (gambar) menarik diri daripada kejohanan Final WTA di Singapura kerana mahu menumpukan usaha memulihkan kecederaan bahunya yang menjadi penghalangnya pada tahun ini.

WTA mengumumkan penarikan diri Williams daripada kejohanan yang akan bermula 23 Oktober menerusi media sosial Twitter, dengan memuat naik video Williams menerangkan sendiri keputusannya.

“Hai semua di Singapura,” kata Williams. “Saya sangat, sangat kecewa yang saya tidak dapat kembali bertanding tahun ini.”

“Ia adalah tahun yang sangat sukar buat saya berdepan dengan kecederaan bahu ini. Doktor saya menegaskan untuk saya kekal di rumah dan menjalani rawatan setiap hari,” katanya.

Juara Grand Slam 22 kali itu menarik diri dalam dua kejohanan di China, termasuk tersingkir di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Kekalahan itu turut menyaksikan Williams mengakhiri mahkota dipegangnya selama 186 minggu di puncak ranking dunia apabila pemain Jerman, Angelique Kerber mengambil alih dan memenangi gelaran di Flushing Meadows. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA