Serena tekad berjuang

Serena tekad berjuang

MIAMI, 23 Mac (AFP) – Pemain tenis nombor satu dunia, Serena William yang tewas dua kali di pentas final Terbuka Australia dan Indian Wells dan tidak sabar untuk beraksi di Terbuka Miami bagi mengembalikan semula rentak kemenangannya.

Pemain berusia 34 tahun Amerika Syarikat (AS) itu adalah pilihan utama kejohanan gabungan Jelajah WTA dan ATP itu, selain penyandang juara buat tiga tahun berturut-turut serta lapan gelaran juara secara keseluruhan.

“Ini adalah kejohanan di mana saya membesar. Ini adalah rumah saya,” kata Serena.

“Di sini adalah titik perubahan bagi saya.”

Pemenang 21 gelaran Grand Slam itu gagal untuk menambah satu lagi koleksi Major pada Januari lalu selepas tewas kepada pemain Jerman, Angelique Kerber di final Terbuka Australia.

Serena ketika menerima trofi di tempat kedua dalam Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells yang lalu. Serena bertekad untuk mengembalikan rentak kejuaraan apabila beraksi di Terbuka Miami nanti. – AFP
Serena ketika menerima trofi di tempat kedua dalam Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells yang lalu. Serena bertekad untuk mengembalikan rentak kejuaraan apabila beraksi di Terbuka Miami nanti. – AFP

Dia kemudian tewas kepada bintang tenis Belarus, Victoria Azarenka di final Indian Wells, kekalahan pertama di pentas final berturut-turut sejak tahun 2004.

“Ketika ini perasaan saya positif dan amat bagus,” kata Serena.

“Kamu perlu teruskan. Kamu tidak boleh berhenti. Ia adalah sikap saya. Ketika ini pada karier saya, saya hanya mahu mendapat banyak kegembiraan.”

Serena dalam pada itu berkata, dia gembira melihat Azarenka yang bergelut dengan kecederaan kaki sejak dua tahun lalu kembali menampilkan persembahan terbaiknya yang turut memberinya motivasi tambahan.

“Semua orang tahu saya bencikan kekalahan lebih daripada sesiapapun. Untuk melihat seseorang lain melakukan yang terbaik memberi motivasi kepada saya.

“Ia adalah persaingan. Ia adalah persaingan yang baik namun ia juga tegang. Ia amat menakjubkan.

“Dia (Azarenka) sudah mengharungi banyak perkara. Namun dia sentiasa pemain yang baik,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA