Serena teruja gegar Rio

Serena teruja gegar Rio

NEW YORK, 4 Mac (Reuters) – Selepas hanya beraksi dalam satu kejohanan sejak pertengahan September lalu susulan masalah kecederaan dan selesema, Serena Williams (gambar) kini teruja untuk kembali ke pertandingan dengan Sukan Olimpik sentiasa menjadi keutamaannya tahun ini.

Pemain Amerika Syarikat yang juga pemain nombor satu dunia itu tidak beraksi sejak tewas kepada pemain Jerman, Angelique Kerber di final Terbuka Australia, Januari lalu.

Namun beliau menegaskan banyak mempelajari sesuatu daripada kekalahan itu dan mahu menggunakan pengalaman itu sebagai satu kelebihan buatnya untuk mencapai kejayaan.

“Apabila saya kalah, ia pasti mendorong saya melakukan lebih baik,” katanya yang akan tampil dalam aksi pertunjukan menentang rakan karibnya, Caroline Wozniacki dari Denmark di New York, minggu depan.

Williams of the U.S. throws balls to spectators after her WTA tennis championships match against Kerber of Germany at Sinan Erdem Dome in Istanbul

“Ada banyak perkara yang saya dapat daripada perlawanan di Australia dan saya rasakan yang masih mampu ditingkatkan. Saya harap ia mampu dicapai tahun ini.

“Pemain tenis lebih memikirkan untuk menang di Grand Slam, tetapi apabila tenis dipertandingkan di Olimpik, sudah pasti saya akan memikirkannya,” kata Williams.

“Olimpik akan memberi kesan besar kepada sesiapa. Ia akan menjejaskan sedikit jadual dan sudah tentu saya tidak akan beraksi dalam banyak kejohanan kerana saya mahu bermain di Rio. Saya benar-benar mahu beraksi di sana.”

ARTIKEL YANG SAMA