Serena terus buru kalendar Slam

Serena terus buru kalendar Slam

NEW YORK, 2 Sept (AFP) – Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan tiga kali, Serena Williams meneruskan pemburuan kalendar pertama Grand Slam dalam tempoh 27 tahun sejarah tenis di Terbuka AS, hari ini.

Pemain dari AS berusia 33 tahun itu yang menghadapi pemain kelayakan dari Belanda, Kiki Bertens pada pusingan kedua persaingan sebelah petang di Stadium Arthur Ashe, sudah memenangi empat gelaran utama berturut–turut dan mungkin menyamai rekod 22 gelaran Slam perseorangan dalam Era Terbuka sepanjang masa Steffi Graf dengan memenangi kerjaya ketujuhnya di Terbuka AS.

“Saya cuba untuk mendapatkan satu pertandingan pada satu masa, kata Williams. “Jika saya boleh terus bertenang, mengekalkan mata, bertenang dan gembira di luar sana, saya perlu mencarinya memandangkan saya tidak rugi apa-apa.”

Williams juga akan menghadapi pesaing dari kedudukan 10 terbaik dalam undian. Jika dia mara ke final Terbuka AS, ia bakal menjadi final Grand Slam pertamanya tanpa kemenangan ke atas 10 pemain terbaik.

Serena (kiri) mendapatkan Vitalia Diatchenko selepas pemain Rusia itu menarik diri daripada Terbuka AS, kelmarin. – AFP
Serena (kiri) mendapatkan Vitalia Diatchenko selepas pemain Rusia itu menarik diri daripada Terbuka AS, kelmarin. – AFP

Pesaing ranking tertinggi dalam undian Williams adalah remaja pilihan ke-12 Switzerland Belinda Bencic, yang akan menghadapi Misaki Doi dari Jepun. Bencic menewaskan Williams dalam persaingan separuh akhir Toronto bulan lalu dan mereka akan bertemu sekali lagi dalam suku akhir.

Satu lagi kemungkinan pesaing lapan terakhir Williams adalah kakaknya Venus yang juga juara perseorangan Grand Slam tujuh kali yang bertemu Irina Falconi hari ini.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang cuba untuk mara ke final Terbuka AS bagi kali kelima dalam enam percubaan, akan bertemu Nadreas Haider-Maurer dari Austria pada persaingan waktu malam pusingan kedua di Stadium Arthur Ashe.

Juara Grand Slam sembilan kali dari Serbia itu hanya memenangi gelaran Terbuka AS pada 2011 tetapi menjulang trofi Wimbledon dan Terbuka Australia tahun ini dan tewas kepada Stan Wawrinka pada final Terbuka Perancis sekali gus menafikannya peluang untuk menyertai Serena Williams memburu Grand Slam di gelanggang keras Flushing Meadows.