Serena terus mara

Serena terus mara

TORONTO, Kanada, 12 Ogos – Pemain nombor satu dunia Serena Williams bergelut untuk mara ke pusingan ketiga WTA Piala Rogers semalam dengan menewaskan Flavia Pennetta dari Itali 2-6, 6-3, 6-0.

Ia adalah kemenangan kerjaya ke-725 Williams, yang menarik diri daripada acara Stanford minggu lalu dengan kecederaan siku kanan tetapi melancarkan kempen pemanasan gelanggang keras Terbuka AS dengan berjaya.

“Siku saya bagus walaupun tidak sempurna, tetapi saya akan melihat bagaimana keadaannya esok,” kata Williams. “Ia adalah peluang yang bagus bagi saya kerana saya tidak beraksi di gelanggang keras sejak April selepas Miami.” Williams, pemenang empat Grand Slam lalu, memerlukan 98 minit untuk memenangi pertandingan pertamanya sejak kemenangan di Wimbledon, dan seperti yang dilakukannya dalam kebanyakan persaingan gelaran di London, dia melakukannya selepas menguggurkan set pertama.

Pada set pertama, Williams menguasai hanya 44 peratus daripada servis pertamanya, memenangi tujuh daripada 12 mata servis pertamanya dan hanya dua daripada 15 servis keduanya. Servisnya dipatahkan empat kali, lebih dua kali berbanding Pennetta.

“Kesilapan mudah anda tahu. Saya melakukan banyak kesilapan,” kata Williams. ‘”Saya hanya memberitahu diri sendiri untuk melepaskannya seperti menurunkan raket dan bersedia melakukan segala yang saya mampu untuk berada dalam persaingan dan mencuba pelbagai perkara dan itulah yang saya mulakan di luar sana. – AFP